Pages

Monday, 4 February 2013

tintaku 2 HARI INI PENYU MENANGIS ATAU AKU

Hari Ini Penyu Menangis atau AKU

hari ini penyu menangis
luka,sedih
pasir yang di tempah
musnah bersepah
habuan anak-anak
punah sudah

hari ini aku menangis
pedih, merintih
merenung percaturan diri
habuan anak-anak
masihkan ada lagi
aku tak pasti

hari ini penyu menangis
sakit, pahit
menerjah pasir
demi anak-anak
mengharap segugus simpati
mudahan umur panjang lagi

hari ini aku menangis
demi anak-anak
walaupun getah tidak bersusu lagi
walaupun beras tidak di kepuk lagi
namun...ubi di batas sedia menanti

hari ini penyu menangis
mengambus pasir mengundur diri
tinggallah anakku sendiri sepi
laut memanggil...ibu terpaksa pergi

hari ini aku menagis lagi
gerimis kian rancak
tidak mahu berhenti
merenung anak-anak (tergolek sana-sini)
dalam kepekatan subuh sunyi
patutkan aku ke laut
seperti penyu membawa diri

oh Tuhan..
tidak sama sekali
antara aku dan penyu
aku lebih menangis lagi
antara aku dan penyu
anak-anakku lebih mengharapku disisi

DAN...

antara aku dan penyu
aku lebih bervisi
pergilah kau wahai sang penyu
yang pasti...aku masih menagis lagi
tangisan yang penuh erti
mengharap redha dari Illahi

ainnurmustaqim 7nov 2001 10.36pg

salam sayang buat pengunjung2 HPDKB...menyorot puisi ku diatas, untuk pengetahuan kalian..ianya merupakan "anak sulung" ainnur mustaqim tika tintaku masih basah...tika itu aku menggunakan nama pena  mishaannur... kelahiran sulungku ini amat bearti buat diri ku kerana ianya lahir atas rasa keperihatinan yang amat dalam buat keluarga sang penyu...selepas melihat dokumentari sang penyu di tv1, melonjak lonjak gelisah jiwa ini untuk menyampaikan hasrat hati sang penyu dalam bentuk puisi ku...

sian aku tgk penyu tu menangis masa tengah bertelor.nampak linangan airmatanya yang amat berat menanggung kesakitan mengeluarkan telor2 dan memikirkan lagi apakah nasib anak2nya yang bakal ditinggalkan di pesisir pantai seorang diri...fenomena ini jelas menyuntik naluri kewanitaan/keibuan ku lantas ku lampiaskan segalanya di atas sehelai kertas putih maka dengan rasa rendah diri seorang wanita maka kulahirkan...HARI INI PENYU MENANGIS ATAU AKU...bagi yang menjiwai erti puisi,sama-samalah melayari,menaakuli,menghayati dan menafsiri rahsia di sebalik kesedihan sang penyu dan gelora seorang ibu...semoga terhibur...salam sayang dari ku...tinta penyair dikaki bukit...

0 comments: