Pages

Friday, 8 February 2013

Istimewanya kerna ku bergelar PEREMPUAN..



 Bismillahirahmanirrahim..dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani,bersyukur ke hadrat Illahi dengan kudratnya kita masih lagi bernyawa..masih sempat untuk menggerakkan segala anggota untuk berjalan,makan,minum dan melakukan ibadat seharian...lafazkanlah kalimah rindu padaNYA...ALHAMDULILLAH...sejenak berfikir...apakah yang bakal aku tinggalkan di teratakku hari ini tanpa mengira siapa dan berapa tetamu yang bakal hadir untuk sama2 berkongsi dengan sedikit titipan yang ku niatkan sebagai pahala untuk kita bersama...

  Saudaraku...merenung pada sekujur tubuhku ini lantas menyuntik ilham mindaku untuk menitipkan sesuatu ilmu tentang makhluk ALLAH yang bergelar perempuan..Istimewanya kita bergelar kaum hawa adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah swt.Memetik ulas bicara Ustazah Zawiyah Hasan Pengarah bahagian keluarga,Sosial dan Komuniti JAKIM, wanita diciptakan dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki wujudnya wanita di dunia ini dan dikurniakan tenaga sehingga mampu mencari jalan keluar dari rahim ibunya untuk melihat dunia .Setelah berada dalam kandungan seorang wanita juga,kita ditiupkan roh dan jiwa menjadi seorang manusia yang cintanya kepada seorang lelaki sebagaimana Adam diilhamkan untuk bertemu dengan Hawa,dan ibu kita berkasih sayang dengan bapa kita...dengan sifat kesempurnaan Allah juga maka diciptakan kita dari lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu kuat hingga kudrat lelaki diketepikan dan tidak juga terlalu lemah hingga sanggup menyembah kakinya.

  Subhanallah..terlalu indah ciptaan Allah untuk kita..bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dekat bahu untuk menggalas bebanan, bukan dekat lengan untuk di julang,bukan dekat pinggul untuk di henyak,bukan dekat lutut untuk ditindih, bukan dekat kaki untuk dipijak tetapi DEKAT DIHATI UNTUK DI MULIAKAN,DISAYANGI DAN DICINTAI.Terlalu besar pengorbanan,tanggungjawab dan amanah yang perlu kita pikul selayaknya sebagai hamba ALLAH,isteri,kekasih dan ibu kepada seorang lelaki,anak kepada ibu dan bapa. Kiranya kita menyedari, mengaudit kembali asal usul kejadian dan apakah tujuan utama kelahiran ini nescaya penanda aras dalam kehidupan kita seorang wanita lebih dari jangkauan minda. Kiranya kita menyedari pahala,ganjaran,nikmat dan rahmat yg Allah peruntukkan untuk kita sebagai seorang wanita...SUBHANALLAH...dalam keadaan uzur terbaring pun pasti kita akan menjalankan tanggungjawab kepada YA RABB dan kepada manusia yg kita cintai.

 Saudaraku...pernahkah terfikir di minda kita, betapa Allah swt terlalu memuliakan kita hinggakan anggota penting kita disebut sama dengan gelaranya iaitu RAHIM. ARRAHIM yang bermaksud MAHA PENYAYANG.Rahim inilah merupakan penghubung kepada makhluk lain yang paling comel dan indah dimana wanita menjaganya dengan membei makanan fizikal dan mental serta santapan rohani penenang jiwa buat bakal kelahirannya.Anugerah ini terlalu indah yang Allah berikan untuk wanita...SUBHANALLAH..

  Sesuatu yang lebih bermakna pada kita adalah rahsia doa seorang wanita. Doa yang dipanjatkan,diluahkan,ditadah oleh tangan seorang wanita lebih mustajab kerana bersamanya terselit sisipan kasih sayang dan penghayatan yang amat tinggi dan bermakna. Seterusnya ia berhubung terus dengan rahim yang dapat menyalurkan elemen-elemen ini kepada bayi kandungannya sejak azali lagi.Dengan sifat inilah maka Allah swt mengabulkan doa wanita lebih cepat dari doa lelaki.Begitu juga dengan perasaan cinta kepada makhluk.Cinta seorang wanita adalah sepenuh hati. Dengan sifat kasih sayang, ia mampu melahirkan, dianugerahkan juga sifat belaian,sifat ihsan kepada anak dan juga keluarga. Rasulullah saw juga ada menyebut "manusia terbaik adalah mereka yang bersifat baik terhadap wanita"..Tidak dinafikan juga kaum wanita amat sensitif dan sering beremosi namun atas keimanan yang tinggi dan sentiasa meletakkan iman ssebagai asas yang paling kuat dan utama maka emosinya dapat di kawal dengan jalan yang paling bijak.

  Bersyukurlah kerna kita dilahirkan seorang wanita/perempuan. Dikurniakan Allah sifat pengasih dan penyayang. Kitalah bunga yang mengharumkan, kitajuga ubat yang menyembuhkan dan adakalanya kita juga menjadi racun yang amat menyakitkan. Dalam mengejar atau mencari keredhaan Allah dan Rasul,pilihlah jalan terbaik kemanakah hala tuju kita yang sebenarnya di bumi Allah ini. Syurga amat luas terbuka untuk kita malah neraka juga mengundang untuk menjadi tetamunya.Bagaimanapun dan apa cara sekalipun kita berusaha untuk transformasi dir ke arah kebaikan.Mudahan doa ku kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar kita bersama2 ke langkah kanan mencari pintu syurga yang menjadi dambaan kita selama ini...ampunkan segala khilafku kiranya tinta ini tersasar dari maksud sebenar...hingga bertemu di lain lembaran..jazakallah

0 comments: