Pages

Sunday 27 September 2015

Tintaku ke 51... KIFARAH

 KIFARAH

Dikala langit menangis
Bumi turut merintih
Embun  masih enggan membeku
Mentari masih enggan menyirna
Bayu masih enggan berpuput 
Karma apa yang melintasi
Dosa siapa yang mencalar suci

Tatkala tangan ini masih bisa
Mendongak langit seraya berbisik
Seketika aku tersedar
Berkurun lama meratah menadah memapah
Sisa-sisa hina dosa para penDAJJAL
Saki baki darah busuk nanar lahar cemar para MUNAFIK
Yang syurgakan dunia tanpa IMAN
Angkuh sombong bongkak mendakwa diri MAHARAJA
Tika kuasa dunia digenggamanmu menyala
 DIA menganugerahkan dirimu ALPA 
Kasihan...

Sampai bila
Amaran itu telah nyata
KITABULLAH itu sesekali tidak akan bersengketa
Antara HAQ dan BATIL
Antara AQLI dan FIQLI
Antara MAJUSI dan NASRANI
Aku tidak nampak kau menyanjung MURABBI

Alpamu tidak menzahirkan apa yang berlaku
Keturunanku menanggung karma hasil busuk jemarimu
Bilamana alam sendiri meminta untuk MALU
Kerana terlalu sakit dengan perbuatanmu
Hari ini
Ketka ini
Saat ini
Waktu itu telah tiba
YA RABB melunaskan hajat yang tertunda
Satu persatu lembaran derita
Hadir tanpa diduga dan diminta

Usah kau tangisi bilamana mentari tidak lagi bersinar
Usah kau ratapi bilamana bintang bulan tidak lagi gelita
Usah kau ingkari bilamana segalanya akan kelam
Dan menjadi sekelian malam
Atas segala perbuatanmu yang asyik
Yang sebenarnya tidak mengajar erti serik
Terimalah...
Bingkisan KIFARAH. 


ainurmustaqim280915
2100mlmselayang