Pages

Tuesday 2 June 2015

Tintaku 49... SAMPAIKAN

Sampaikan pada angin
rasa syukurku
kerana menghembus
angin fikir buatku

Sampaikan pada hujan
rasa dinginku
kerana rintikmu
menyelimuti amuk jiwaku

Sampaikan pada laut
rasa hibaku
kerana ombakmu
menghakis rawan hatiku

Sampaikan pada malam
rasa sepiku
kerana purnamamu
menitip sirna buatku

Sampaikan pada alam
rasa setiaku
kerana KITA
saling berkasihan
tanpa halangan
melainkan enggan.


@innurmustaqim020615
1430ptgputrajaya