Pages

Wednesday 6 February 2013

tintaku 4 RINTIHAN SI BELIMBING



...rintihan si belimbing...

anak-anak ibu
kiranya kau tahu
luruh amat sesendi ibu
menanti kehadiranmu
di celah lautan biru

anak-anak ibu
bergegas ibu menerjah batu
menguak pepasir mencari teduhanmu
bakal bu tinggal
hiduplah kamu

anak-anak ibu
bu gagahi kudrat menerjah pepasir
teduhan istimewa buat kau hadir
berserah kita pada takdir
berserah kita pada takdir
di pantai ini bu takkan mungkir
kau kulahir
biarpun jujuran airmata panas mengalir

anak-anak ibu
takdir alam menyuratkan kita
walau gagal airmata ini ku seka
segugus harapan yang bersarang didada
perpisahan tetap bertamu jua

anak-anak ibu
tidak seorang pun yang terlepas dari kelahiran ini
segala niatmu ibu penuhi
kau bu lepaskan di pepasir ini
damailah disini
bersama adik-adikmu nanti

anak-anak ibu
mereka riang memandang
rela melabuhkan cahaya di mata ibu yang terlarang
mereka tidak tahu ibu berjuang
demi anak-anak ibu tersayang

anak-anak ibu
tersayar benar hati ini bagai disambar petir
sebentar lagi..
laut ibu memanggil
tinggallah anak-anak ibu
usah kau degil

anak-anak ibu
maafkan ibu untuk sekian kali
ibu tutupi rumah ini kembali
diamlah kamu jangan menyesali
perginya ibu suratan azali
KERANA
ibu juga selayaknyadulu di pepasir ini


~monolog duka buat sang penyu~
ku mengerti isi hatimu
7/2/2002 1.51ptg...


mmm...enjoy ur journer ya!!....layarilah pelayaran dan monolog sang penyu dari mata hati hujung pena cik ainurmustaqim....amat berat untuk ku layarkan monolog ini di atas selembar kertas putih. terlalu sarat penderitaan yang ditanggung...deraian airmatanya seolah meluahkan apa yang tersirat di dalam hati seorang ibu (penyu)...terlalu perit tika mengeluarkan telor-telor yang berisi zuriat sendiri dan terpaksa meninggalkan untuk sekian waktu tanpa menunggu dan membelai tika kelahirannya tiba...aku amat mengerti perasaanmu wahai penyu..tiap deraian airmatamu adalah deraian yang pasrah pada takdir dan hukum alam....

aku jua turut merasai penderitaanmu dan airmata ini turut mengalir...hanya monolog ini yang dapat kulukiskan  agar insan2 lain mengerti apa yang tersirat jauh dihatimu....

antara koleksi puisiku yang terawal....selamilah hakikat yang tersurat disebalik airmatanya demi percaturan hidup berpisah dengan anak-anak yang disayanginya...


0 comments: