Kepulan asap dari dapur
Bisa menggetar seluruh aroma jiwa
Percikan minyak yang mengamuk
Menegangkan isi udang yang membengkok
Rancak tangan separuh angka itu menghayun
Senduk kayu yang separuh batang
Patah tika laju mendayung girang
Mi hailam berenang satu kuali
Tika peluh memercik di dahi
Emak memecah telor empat biji
Empat beradik yang emak kasihi
Sepinggan seorang kuah membanjiri
Untuk hirupan tanpa henti
Aku, abang dan dua adik
Tidak sekali akan serik
Mi hailam emak paling terbaik
Pengikat kasih sayang empat beradik
Biarpun kemboja memutihi pusara
Buah tangan ini paling istimewa
Kini
Aku tempat menagih kenangan
Mi hailam emak beralih tangan
Senduk kayu separuh batang ku dayung laju
Mi hailam tidak pernah memisahkan
Telor empat biji dan udang kemerahan
Adalah rencah kenangan yang emak tinggalkan
Mi hailam bukti kasih sayang tiada percaturan.
ainnurmustaqim230415
1345ptgputrajaya
**tribute untuk allahyarhamah bonda jagaan ku..kisah benar yang melingkari kehidupanku 25 tahun dahulu..TERIMAKASIH mak kerana banyak "menginsankan" adik..terimakasih juga buat abangku AZHAR SAMINGAN, adik2 saudaraku MOHD RASHIDI SAMSUDIN & MOHD KHAIRUL SAMSUDIN...kenangan bersama kalian akan kubawa sampai mati..MI HAILAM KASIH SAYANG KITA BERSAMA..
ALFATIHAH buat arwah emakku SITI ROKANAH BT ISMAIL dan abahku MOKHTAR ABD WAHAB...terimakasih mak dan abah yg menjaga adik selama 24 tahun...in syaallah bertemu di syurga..adik takkan lupa jasa mak dan abah yg bela adik..sumpah adik rindu mak dan abah :-((
terimakasih abangku AZHAR SAMINGAN...mudahan hidupmu dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dan keberkatan
inilah mee hailam arwah mak yang menjadi kenangan dan kesukaan semua ahli keluarga...alhamdulillah mak...walaupun tak sama seratus peratus kenikmatan dan kesedapannya macam mak..tapi adik berjaya memuaskan semua orang yang memakannya..berkat air tangan mak..sumpah adik rindukan mak.. :-((
0 comments:
Post a Comment