Semerbak kopi pekat
Belum tentu dapat melekat
Sekeras kepala yang terpahat
Berlumpur onak penuh karat
Semerbak ubi getuk
Belum tentu dapat memujuk
Sekeping merah hati yang rajuk
Kerana terperam dendam yang menjeruk
Semerbak lempeng pisang
Belum tentu ada ruang
Jiwa kosong hati walang
Sesat cari jalan pulang
Semerbak teh tarik
Belum tentu dapat memetik
Lara hati yang berkurun tak berjentik
Biarpun merana kasih sedetik
lara yang merana,duka yang nestapa
~ainnurmustaqim~
putrajaya6/3/12
2.15ptg
RESIPI KEK PAUN OREN
10 months ago
0 comments:
Post a Comment