Pages

Monday, 27 April 2015

TINTA ke 41...CARIKNYA SURAH YASSIN

Dangkal akal bukan jahil hati
Jahil hati makna hati mati
Tergamak kau julang addin mu di kaki
Hingga cariknya KUN FAYA KUN menyembah bumi

Dentuman guruh di langit menggila
Bukti kau bakal dibalas tuba
Sejengkal akal segeluk iman kau sisa
Tercampak jauh mengagung dunia

Malam jumaat kian tiba
Ratib dan zikir silih bergema
Memuji YA RABB Maha Pencipta
Gempita buana menggegar maya

Berkurun YASSIN tidak disapa
Terbiar usang di gerobok tua
Habuan pepijat dan lipas melata
Melangkau ALIF melintas YA

Tercarik selembar di celah jendela
Menagih simpati ditampuk usia
Berserakan kumpulan MAT dan IKHFA
Bertaburan IDGHAM, IZHAR dan IQLAB berjela

Tiada ampun buatmu lagi
RABBUL IZZATI laksana janji
hukum karma pasti menanti
AL MIZAN paksi kau meniti


~bangkit dari mimpi
taubat pasti menanti~
ainnurmustaqim270415
1200tghputrajaya



0 comments: