Pages

Thursday 9 April 2015

Tintaku 25...BACA APA SAMPAI SUBUH & MELAKAR ASUHAN

BACA APA SAMPAI SUBUH


Jalak lenteng tidak dengkur
Kodok longkang buntang mata
Cengkerik malam berdesir bisik membisik

Nyanyi apa dalam kelam?
Lagu apa tak bisa padam?
Irama apa bikin jiwa kacau remuk redam?

Di pangkin nipah rumbia
Berteman samar cahaya yang sepertiga malap bersisa
Berdiri jasad-jasad pemikir dan dikir
Melontar suara jiwa,ratib pendita
Rintih berseni anak karya

Jalak lenteng, kodok longkang dan cengkerik malam bisa berdendam
Kerana lenanya tidak mengenal erti malam
"BACA APA SAMPAI SUBOH???"
Kerabat Karyawan rupanya menyuluh
Buang karat buang angkuh
Menyambung nafas seni yang tidakkan berlabuh.

salam marhain
"@innurMust@qim
10.30mlm UPSI TG MALIM.


270315

MELAKAR ASUHAN

Akar yang elok
Pilihlah bilah-bilah budi yang tidak kekok
Ranting yang kukuh
Pilihlah relai-relai santun yang kuat utuh
Dahan yang cambah
Pilihlah helai-helai akal yang tidak rebah
Di laman ini..Balam Tua menggenggam dedak..
Menggenggam sekoi..menggumpal bertih
Habuan anak-anak yang lapar asuhan.
.Haus belaian..damba pelukan
Secangkir madu delima..segeluk halwa markisa
Bertemu diwadah aksara,membilang kata,
Membelah jiwa,menubar bait-bait asmara
Mahabbah ukhwah yang jurusnya istiqomah
KERABAT KARYAWAN ZAABA..
Menjemput rinduku bertaut.


*MALAM BACA PUISI SAMPAI SUBOH*
istimewa lakaran dari jiwaku yang tulus
buat ayahanda Yassin Salleh dan KERABAT ZKZ
27-28/3/2015 UPSI TG MALIM..

tercetusnya inspirasi menulis puisi diatas setelah melihat dan merasai serta melalui kronologi dua hari di ZIARAH KARYAWAN PENDITA ZAABA..dan dideklamasikan olehku sendiri..satu pengalaman yang amat indah kerana julung kali mendeklamasikan buah tangan sendiri..amat puas kerana nukilan dari jiwa cetusan rasa istimewa buat ayahanda YASSIN SALEH...seorang insan tersohor dalam bidang seni filem,pengarahan,penulis,pelakon,penyair yang sudi membawaku ke perhimpunan ini yang telah membuka ruang dan peluang ku mengenengahkan bakat yang ada di hujung pena selama ini...menitip ilmu dari orang orang yang hebat dan tersohor..mencerap idea agar ada penambahbaikan dalam menghasilkan karya-karya yang berkualiti dan diterima masyarakat..harapanku agar suatu hari nanti karya ku akan dijilid, dinilai dan dikaji serta dibaca dan diterima segala titipan dan pesanan...dijadikan rujukan di sekolah sekolah...berkongsi bersama insan insan yang ingin menginsankan diri...terimakasih yang tak terhingga buat ayah YASSIN SALEH yang sudi mengangkat kaca dilumpur ini untuk merasai sedikit cahaya mentari..salam kasih buat ayah dan seluruh kerabat ZIARAH KARYAWAN...semoga sillaturrahim ini akan terus malar segar dan berpanjangan..salam kasih sayang






0 comments: