Pages

Friday, 11 October 2013

Tintaku 21...RUANG RASA

RUANG RASA




Tika hati rajuk untuk bicara

Ada jiwa yang lembut menyapa

Tika hati mati untuk menyanyi
Ada seruling cinta yang menusuk sanubari

Tika tawaku di landa badai gelora 
Ada ombak rindu yang menganyam sukma

Tika tangisku di serak pelangi senja
Ada sinar mentari yang menebar cahaya

Tika jasadku lemah menongkah arus
Ada segumpal batin yang menyulam tulus

Tika kudratku hanyut di landa ribut ganas
Ada tangan yang memaut iradatku yang buas


SAHABAT

Bertuah benar alam ini di pasang-pasang
rajuk , airmata , tawa , suka , silih berganti malam siang
dalam kekalutan amok dunia
ku temui sejalur cahaya
yang seiring tika rajukku belum bersisa
yang seiring tika dukaku meronta jiwa
yang seiring tika senduku berbalam nista

Bertuah benar ku di temani suara yang jauh
Jiwa tulus yang sering membuatku kudus

salam sayang buat sahabat/kawan/teman/kekanda...
sentiasa ada dimana jiwa ku ada...sayang buat CT NURZA..

putrajaya@11/10/13
2.00ptg





Friday, 27 September 2013

menggilap kembali mata penaku...







sekian lama meninggalkan anjung tintaku......bukanlah bermakna aku ingin memukimkan segala galanya kerana teratak ku masih belum kunisankan sebagai tanda...rindu menyelubungiku setiap waktu untuk saban waktu menitipkan setitis wadah sebagai ingatan tika rajukku menjenguk diri....hari ni dan tika ini aku cuba bangkit kembali ...cuba mewarnai kembali teratakku ini agar bernyawa bunga-bunga mekar yang layu sekian lama tak ku sirami...

aku cuba mencari mana sinarnya sang mentari untuk aku pantas berlari di laman ini..seperti dulu bersama riaknya ikan-ikan kecil dikali..merahnya teratai kuncup kembang pagi dan terbangnya sang rama-rama bebaskan diri dari kepompong mati...

aku ingin bangkit semula..bersama basahnya tinta ku yg sarat berwarna jingga...


Friday, 7 June 2013

makluman...

http://mengintaitiraikamardapurku.blogspot.com/...sila ikuti blog masakan di rumah baru saya ni yer...selamat mencuci mata dan rasa yang terpendam heheheh

Thursday, 23 May 2013

tintaku 20 KELAPA NAN SEBATANG

...kelapa nan sebatang...


terbujur kaku..
kelapa nan sebatang..
rebah di pinggir tiang
dek kerna usianya tak panjang
akur pabila sedia di tebang

buah yang bergelimpangan
teriak anak-anak menjinjit seorang
bersorak ibu-ibu memintal pelepah
habuan penyapu menyerak sampah
ligat si ayah mengarah
batang kelapa sedia dibelah-belah
bingit mesin potong memecah sunyi kampung
bak pesta
semuanya bergotong-royong

kerana kelapa nan sebatang
tika malam menjelang
tiada bunyi unggas maupun sang keruang
tinggallah kelapa sebatang yang rebah melintang
bercerai badan seruas di tengah laman hilang
tiada lagi lintuk liuk ditiup  angin petang
penyeri taman hati warga kampung yang girang

@innurmust@qim@putrajaya
2/2/2011 2.30pg 

Tuesday, 30 April 2013

tintaku 19 DI PONDOK BURUK



DI PONDOK BURUK
sebatang pen dakwat hitam
bergolek di celah tikar usang
longlai dari genggaman tangan yang kejangselembar kertas putih
peneman tintanya yang merintih

di pondok buruk itu
hatinya tersemat seribu rasa satu jiwa
ada cita yang ingin dicinta
ada kasih yang ingin dirintih
namun...
hajatnya ditelan kabus subuh
melayan angannya sepintal buih
dijapai pelita minyak tanah itu
pen dakwat hitam kini ditangan
selembar kertas putih kini kemas digenggaman
berjuta bunga cinta mewarnai kepala lilitnya yang dulu hitam
wangian kasturi kembali menerawang legar pondok itu

sinar mentari menerobos lubang kecil
menyinari paginya yang dulu gelap dan malap
bauan hutan hijau dan deru air sungai kembali berbisik
satu malam hikayat satu cinta
di pondok buruk itu
kertas putih membawa makna
suratan hidupnya kini bernyawa

~aku tak pernah mati~
nyawaku bernafas di sini~


@innurmust@qim DCA Putrajaya
19/2/2010 11.45mlm

Thursday, 25 April 2013

tintaku 18 ZURIAT MERAH DI LUMPUR SAWAH

ZURIAT MERAH DI LUMPUR SAWAH


di celah kemilau senja
berkejaran anak-anak desa
tak mengenal erti payah derita
saling ketawa bergurau senda
biarpun kepuk beras
hanya seinci ternganga

di celah perigi batu
girang anak-anak mandi berlagu
tak hirau air mengalir hamis berbau
asal anak kampung berhati padu
biarpun segayung sehari membasuh pilu

di celah dapur kayu
sabar anak-anak menunggu
deras menggelegak perut hempedu
tak peduli asalkan beralas batu-batu
biarpun berenam kongsi sesudu

di celah pekat malam
riang berhikayat seribu gurindam
tak kisah nyamuk agas bermukim di kulit kusam
biar birat berkudis tak kunjung padam
berteman cahaya samar pelita ayam

di celah gerobok kayu
bersusun pakaian kelam kelabu
ada yang carik bak roti kirai pak Abu
masih beralas di badan umpama yang baru
biarpun lipas hitam jemu bertamu

di celah lumpur sawah
riang anak-anak membawa arah
berteman bubu dan tempang sebuah
menjerat ikan habuan sekawah
biarpun di rumah menanti pasrah

di celah atap pohon rumbia
apakah ada masa depan dan cita
hikayat gurindam malam yang hanya sandiwara
penawar derita kala yang lain beraja

zuriat kepapaan pepijat masa
tak siapa peduli kerana menjulang harta
anak-anak girang di sawah berpesta
itulah dunianya kepompong syurga

@innurmust@qim @ selayangbaru
17/6/2012 5.30ptg 

Monday, 22 April 2013

Naib Johan pertandingan puisi THMK3

THMK 3
Penulis : Ainnur Mustaqim
Tarikh : 22/2/2013
Tajuk : KEPOMPONG BERDARAH

Cindai sutera nan indah
menyelimuti malam pesta berdarah
kepompong rama-rama menjalar haluan tak berarah
melakar impian nafsu bermata merah

Pohon serakah berbisik ganas
melampiaskan impian syaitan di jelatang panas
sayap rama-rama gugur ditindas
angkara selingkuh kunang-kunang yang amat buas

Malam merangkak tua usia
rama-rama masih berpesta ria
tatkala mentari menyirna warna
terbang kunang-kunang menebar rasa

Di bawah perdu pelangi jingga
menanti musim salju yang bakal tiba
kepompong lunyai di bawa bayu hiba
gugur sayapnya dicarik permainan noda

Tangisan lara yang tak berjiwa
lewat mengintai kamar rahsia
tertutup pintu buatmu rama-rama
kepompong merah bernisankan tanda

@innurmust@qim 22/2/2013
1.30 ptg putrajaya


Syukur kehadrat mu Ya Allah...peluang kali ini berpihak ke atas nukilan ku buat julung2 kali...percubaan saat terakhir kerana sanggup mencabar minda memilih tajuk bertemakan pelacuran...terimakasih kepada panel juri kerana memilih puisiku dan sesungguhnya terus membakar semangat ku untuk tidak jemu menulis dan menulis..garapan dari pemerhatian mata hati akan terus menyuntik jiwaku untuk mengaspirasikannya ke layar putih..bersama berkongsi suka duka sepanjang melayari rentetan kehidupan yang akan bernoktah jua akhirnya..salam ingatan buat sahabat baikku SITI NUR (nz) yang banyak membangkitkan aku semula dari terus berdiam diri di kepompong buatan ku sendiri...terimakasih sahabat..mudahan apa yang disampaikan akan memeberi manfaat kepada semua dan inilah nawaitu ku selama ini...hayatilah puisi ku dan galilah maknanya kerna ada sesuatu yang tersirat yang ingin disampaikan di sebaliknya...muhun Allah swt mencambahkan lagi idea2 dan ilham2 yang bernasagar dapat ku gubah menjadi puisi indah dalam tujuan menjurus pada kebaikan...pandanglah dengan mata hati bukan meyakini membuta tuli...jazakallah hu min kum...

Monday, 8 April 2013

ISTIKHARAH CINTA...

asalamualaikum....

melepaskan keluhan yang amat panjang,tenat dan sendat...Ya Allah..hanya Engkau yang mengetahui segala perancangan ke atas diriku...aku tidak menolak mahu pon menyambutnya namun aku harus akur dengan ketentuan ini...di kala rajukku kian menyurut,di kala lukaku kian terubat, di kala laraku hampir terawat...KAU mengujiku sekali lagi ...YA RAHMAN YA RAHIM...di setiap lafaz kalimahmu meniti di bibirku, apakah anugerah maupun ganjaran yang KAU tawarkan sekali lagi untukku hitung,bakal ku tempuhi..YA ALLAH YA RABB...aku hanyalah khalifahmu yang amat2 lemah yang masih byk kekurangan berbanding kelebihan...dugaanMU kali ini ternyata amat hebat bakal ku tempuhi...Ya Allah...apakah ada ruang pencerahan bakal ku terima selepas ini..apakah anugerahMU ini adalah yang terakhir dan terbaik buat ku...berilah aku kekuatan YA ALLAH...

kehilangan ini ternyata telah membawa diri ini untuk lebih dekat denganMU ya Allah...tiap kali sujudku...begitu hampir rasanya aku denganMU...inilah anugerah yang paling terindah seumur hidupku...di sepertiga malam kita bertemu untukku ku luahkan segala rasa yang menjeruk diri selama ini,ku mohon penawar agar kesakitan ini hilang dan juga ku muhun kekuatan agar aku bisa sempurnakan segala tanggungjawabku terhadapMU...

aku benar2 keliru dengan anugerah ini Ya Allah...adakah kehadirannya bakal menambahkan lagi luka lama ataupun sebaliknya....biarpon ianya sama sekali di luar jangkaan akal kewarasan ku namun..hakikatnya inilah yang Kau beri kepada ku...abg *...mengapa harus aku menerima semua ini di kala segalanya hampir ku lenyapkan...kehadiranmu menagih cinta ku adalah kejutan yg amat hebat buat ku....mengapa ini terjadi...adakah Allah memberikan apa yg aku minta selama ini tanpa mengira siapa??...Ya Allah..bantulah hambamu ini bagi meleraikan apa yang tersirat di sebalik semua ini....aku perlu mukimkan disini buat sementara waktu..terlalu sarat untuk ku saratkan perjalanan ini namun segalanya bakal bermula.....bantulah aku dalam istikharah ke pada MU...

Tuesday, 26 March 2013

tintaku 17 ZURIAT AL MAWLID


Photo: turut diraikan:adik2 tahfiz surau hidayatul mustaqim
ZURIAT AL MAWLID

di keheningan subuh
desiran air kali menjemput suria fajar menjengah diri
kelopak maya seakan terjaga dari lena
selimut malam bakal melabuhkan tirai sukma
kokokkan ayam jantan syarat utama untuk tidak lupa

sesuci embunan pagi
barisan al mawlid putih berdiri
ruang-ruang saf bakal dipenuhi
melaung kalimah suci membongkar maya sepi
alunan azan menyentak naluri insani

Laksana tentera di medan perang
berjuang untuk syahid di hujung pedang
jemaah kabilah yang tak gentar menimbang
amalan zikrullah pegangan yang di sandang
bait-bait ayatullah bergema memecah gegendang

harumnya bunga-bunga syurga
menyelinap ke seluruh ruang persada
zuriat mawlid pewaris ulama perkasa
jannatul firdausi menanti dengan rela
tarbiahlah dirimu dengan istiqamah yang sehala

@innurmust@qim@putrajaya
25/3/2013 10.30pg

Photo: majlis seblah pagi sbtu 16.3..bacaan quran,yassin,tahlil dan qasidah dr ank2 tahfiz bndr bru selayang

Friday, 22 March 2013

~selamat pengantin baru ADIK~

Photo














assalamualaikum....

agak lama membiarkan rumah penaku ini sepi dari lakaran pena hatiku..almaklumlah kekangan masa yang membataskan segala aktiviti nukilan kerana sibuk mebuat persiapan perkahwinan anak buahku NAZIRAH...yer..adik dah kawin kan..dulu adik kecik je di mata kami..dari kecik adik melakukan kerja sendiri..dari sekolah PASTI adik dah belajar mandi,bersiap dan iron baju sekolah semuanya sendiri..adik tak pernah menyusahkan orang dalam rumah sama jugak macam angah..hari ini..adik dah bergelar isteri kepada seorang suami...adik...berlinang airmata acu benarnya melihat inai merah di jari adik..seakan tak percaya adik dah nak jadi isteri....
 di mata acu..adik masih anak2 kecil yang hanya tau melompat, buka periuk untuk cari makan, golek depan tv...lamunan semua tu terpaksa acu padamkan bila majlis adik dah semakin hampir dan persiapan demi persiapan selesai satu persatu. walaupun acu , cik, ibu dan abahtok adalah antara orang2 yang terawal sibuk bagi memastikan persiapan majlis adik sempurna dan lancar. hikmah Allah sangat besarkan dik...walaupun sepatutnya majlis ini majlis acu namun sekelip mata Allah gantikan dengan majlis adik..syukur sangat2 ya allah...banyak barang sovenior acu yang adik leh pakai..tak membazirkan.... kini dah hampir seminggu majlis adik selesai dan masing2 barula terasa penat lelah menusuk ke tulang temulang...walaupon semua anak2 buah bekerja keras bagi memastikan majlis adik berjalan lancar namun kami sangat teruja dan gembira kerana adik berjaya ke jinjang pelamin dan kini telah sah bergelar isteri.. TAHNIAH ADIK dan AIMAN...yer..acu benar2 terharu dan gembira bila nampak adik sangat cantik di majlis nikah dan bersanding..adik telah memasuki alam rumahtangga yang bakal menjamu pelbagai resepi kehidupan.
   pesan acu...layarilah alam rumahtangga dengan sabar yang kuat kerana gelombangnya seringkali bertukar arus, ada kala tenang dan adakala mengganas,apa pun yang berlaku belajar untuk tidak melatah dalam apa saja dugaan..jangan terlalu membebel dan mengeluh dan jangan pula terlalu diam dan bisu, amik jalan tengah dan fikir dahulu sebelum membuat sebarang tindakan dan keputusan. sebagai isteri..pasakkan dalam diri apa sebenarnya tujuan jadi isteri..bila nawaitu dah di pasak kuat2 in sha allah landasan tu akan kuat dan kita tak akan mudah lari dari garisan awal..amat manis bila melayari kehidupan bersama org yg tersayang..siramilah kehidupan dengan cahaya solat dan cahaya al quran mudahan akan membenihkan putik2 zuriat yang subur dan sihat rohani dan jasmaninya..tattlah pada suami dan jangan tunggu hingga disuruh atau di minta..adik kene peka tiap keperluan suami kerana inilah pengikat kasih sayang yg berpanjangan..jangan lupa juga memanfaatkan 2 perkataan iaitu TERIMA KASIH dan MAAF...tiapapa saja pemberian suami jgn lupa ucap terima kasih dan atas tiap khilaf yg adik sedar jgn lupa minta maaf..mudahan suami juga akan terbiasa dengan tabiat kita dan dengan sendirinya dia juga akan berbuat demikian untuk kita..memang bukan mudah untuk mengharapkan yang terbaik dari pasangan namun belajar untuk berusaha melakukan penambahbaikan dalam hubungan itulah yang terbaik...buang sikap sombong dan ego yang hanya akan mengeruhkan suasana dan janganlah terlalu lama merajuk kerana perasaan jeruk juga tidak baik dalam hubungan..
   untuk AIMAN...terimakasih kerana sudi memperisterikan anak bauh acu..biarpun dia bagaikan permata buat kami sekeluarga namun kami kena akur satu hari dia akan menjadi milik seseorang..jagalah permata kami ini baik2...jangan beri harapan andainya tidak mampu menunai janji namun sentiasa berusaha memenuhi keprluannya sebagai suami dan selayaknya dia seorang isteri..layanlah dia sebaik mungkin dan tarbiahlah dia menjadi isteri yang dapat menjadi penyejuk dimata dan di hati aiman...andai ada kekurangan atau kelemahan pada dia yang buatkan aiman beralih arah, carilah jalan selesai yang paling terbaik kerana dia bukanlah manusia yg amat sempurna,namun jodoh yang di tentukan allah adalah paling sempurna, belajarlah untuk sama2 menerima dan menangani apa saja masalah dengan berbincang antara dua mata tanpa melibatkan org ke3 yang belum pasti kejujurannya..pandulah al quran dan jangan tinggalkan solat jemaah berdua...
    untuk sekian kali..TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU buat NAZIRAH dan AIMAN..mudahan kalian dapat menjadi pasangan yg soleh dan solehah dan bakal juga menimang zuriat yang comel dan terasuh dengan didikan agama..acu luahkan dalam blog ni sebab mungkin acu tak de kesempatan lagi untuk menitipkan pesanan ni buat kamu berdua..doakan juga yang terbaik buat acu dan acu jugaakan sentiasa mendoakan kebahgiaan buat adik dan aiman..akhir kata maafkan acu sepanjang kita bersama..salam sayang dari acu untuk adik....



Tuesday, 12 March 2013

9 MIMPI RASULLULLAH saw


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

selepas baca SILAKAN SHARE.....

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

selepas baca SILAKAN SHARE.....

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Friday, 8 March 2013

AINUL MARDHIAH (BIDADARI SYURGA)


Kisah Sejarah Ainul Mardhiah (Bidadari Syurga)
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).
Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangansahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)
Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58
Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70
(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.
Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..
Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Alla.
Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih

tintaku 16 ANDAI CINTAKU DI LAUT CHINA SELATAN

andai cintaku di laut china selatan

di pinggir lautan
ada mata yang memandang
deretan kapal perang
berbaris di ujung beting pasir panjang

di celah pohon ru
mendesir pasir dihembus bayu
ada mata memandang sayu
mengeluh resah pada syahdu

berdiri seorang perindu
merawat luka nang bertahun lalu
cuba mencari arah
di laut selatan yang biru
tahajjud cintanya pada gemersik pantai yang meluru
bagai petir,rawannya masih pahit bagai hempedu

di remang senja nan merah
tafakur sebentar pada mentari yang berlindung arah
menuju malam kelam yang kian resah
apa ada pada takdir cinta di laut china selatan ini yang mahu mengalah

pencarian demi pencarian
apa ada pada ukiran pasir yang kian hilang
dimamah ombak pantai yang kerap menjelang
mengheret ukir cinta
ukir nama ke laut kejang
hilang sekelip mata tanpa ada rasa kasih dan sayang
alpa dalam menurut kata hati yang berjurang
kugagahi kaki melewati pantai yang jarang
kubasahi jari jemari yang kusut mengulit mimpi panjang
apa ada pada siang
tiada erti jua pada malam yang malang

demi cinta yang kutabur di laut china selatan
berterbanganlah dikau mencari arah
kuhalalkan jurang dan lorong yang kau redah
bijaklah mengatur langkah
andai ada 'annur' yang molek sifat
dan molek bertuah
pulanglah padaku bila tahun dan bila musim berubah
sumpah ku nanti biar uban di rambut bertukar merah
bersama menghayun tongkat janji kiranya roh bersatu menjadi darah

~tika melewati pantai kemaman
tiada apa yang berharga selain ilham yang melimpah rasa
kulontarkan pikiran ke tengah lautan, namun??~


@innurmust@qim kemaman
14/4/2010 6.45ptg

Tuesday, 5 March 2013

tintaku 15 KALA MALAM BULAN MENGAMBANG

...kala malam bulan mengambang...

di sudut jendela kamar
disuluhi cahaya samar
QASEH melempar pandang pada bulan mengambang
hasrat hati yang semakin kembang
ingin bertemu ALIFnya di sawah bendang

dikala malam bulan engambang
berteman cahaya sang purnama
ALIF melewati alor sawah bersama nipah rumbia
hajat hati bertemu QASEH si adinda
tekad membelah malam bersama
tak rela dihunjam dendam kesumat orang ketiga

senyum QASEH bukan kepalang
bersama ALIF saling memandang
wasiat keramat menyala bak andang
melewati denai sempit di celah bendang
amuk sepat,keli,haruan dipijak bukan kepalang

dikala malam bulan mengambang
dua insan membelah malam yang jalang
menurut nafsu yang kian menjulang
tidak hirau sekelumit kasih yang tinggal di belakang
menguji nasib diri di tapak orang
hanya kerana cinta nafsu yang terlarang
alpa maruah dan harga dibuang

dikala malam bulan mengambang
hilang QASEH bak delima merkah yang kusam
hilang ALIF bak nilam yang muram
gegar gempita seluruh buana alam
episod sterusnya bakal jelma di lain malam
kisah arjuna dan sri dewata tak henti diam

@innurmust@qim selayang baru
5/2/2010 2.30pg


tintaku 14 SECAWAN KOPI PANAS





SECAWAN KOPI PANAS

di celah kepulan asap
ada mata yang mengintai
masa depan yang tak berbingkai
meramas kenangan silam
merembat erti bahagia dan nilai cinta
daif menghitung sisa usia yang kian rapuh
ditelan pepijat masa

hirupan air liur tak sama hirupan kopi panas
pekat...likat...melekat
aroma nikmat menggegar seluruh jiwa
menerjah le lubang hidung yang sendat
menganyam fantasi minda
nyata henya memeluk tubuh erat

ssssssrrruupppppp!!!!

ahh!! laluan ke kerongkong
sehala meniti destinasi lebuhraya ke perut
ubat lega
bertahun telah diharamnya kopi panas itu
hanya kerana percaturan hidup yang melarat
secawan kopi panas
tak mungkin dapat
membayar erti cinta dan nilai bahagia
yang dulu emas

@innurmust@qim selayangbaru
4/8/2002 11.30mlm

Friday, 1 March 2013

TERSASARNYA SEBUAH KEBAHAGIAAN II

  ku gagahi diri ini untuk terus bangun, meneruskan kehidupan yang entah bila kan berakhir. Setiap kali ku memandang kotak itu hati ku bagai di sayat sembilu. yer..kotak pemberianmu sempena harijadiku 2 tahun lalu..biarpun hanya sekadar cawan hiasan comel, lampu meja,kad ucapan dan yg amat istimewa sekeping jubin yang kau nukilkan puisi cinta buatku, kau sisipkan sekeping gambar kita berdua di penjuru bingkai jubin itu...amat indah ... kad ucapan yang sering menyanyikan lagu hari jadi itu sering berkumandang di setiap penjuru bilik ini tatkala rinduku bertamu buatmu...dengan kemas segalanya ku simpan rapi di suatu sudut...
    ku kira segalanya begitu pantas berlaku..sekelip mata kebahgiaan itu kurasakan amat singkat buatku...dari sehari ke sehari airmata ini tumpah jutaan titisan yang tiada bernoktah. Ramalanku amat benar tetntang hubungan ini yang semakin goyah...telah ku cuba untuk merawatnya namun hanya aku yang bersungguh dan kau hanya diam membisu. Aku takut pada erti perpisahan dan aku takut juga pada waktu di tinggalkan. Aku tak mahu ianya berulang lagi kedua dalam hidupku. Janji2 mu hanya palsu. Kau tetap biarkan airmataku tumpah lagi tanpa ada alasan yang sahih. Di mana silapku pon aku tidak tahu. Tergamak kau membiarkan aku keseorangan dalam mencari makna sebuah perhubungan. Aku kehilangan segalanya tentang dirimu. Insan yang meraih cintaku, yang bersungguh menawan aku dan melayarkan impian untuk ke gerbang cinta akhirnya meninggalkan aku dengan sejuta luka dan derita.
    Apa daya yang ku ada selain mengadu kepada YA RABB...dan perkara yang aku tidak ingini untuk tahu akhirnya benar2 berlaku. Mungkin Allah mengasihaniku dan memberikan jawapan yang pasti untukku tidak lagi berteka teki. Kau membina mahligai indah itu bersama orang lain di saat aku menderita dan tersiksa jiwa raga. Kau hadiahkan derita ini buatku. Terima kasih kerana sudi singgah dihatiku untuk sekadar melepaskan rasa lelahmu. Betapa dirimu ku sanjung, ku telan segala kecewa dan derita demi menjaga hati mu, dan aku tidak mahu melatah dengan sikapmu yang benar2 tidak menghargai langsung kasih sayang  ku terhadapmu. Hati ini telah hancor berkecai akibat permainan mu dan aku juga keliru. Adakala kau mengaitkan ibumu yang melarang perkahwinan kita biarpon cincin ini telah tersarung kemas di jari ku.
    Kau tidak berusaha untuk mempertahan kan langsung cinta yang kita bina atas kehancuran masa silam malahan kau hadiah kan aku dengan derita untuk menoktahkan  hubungan ini. Hingga aku jatuh tersungkur, lemah tak berdaya,seorang diri mengaut kembali sisa hidup yang ada,sedangkan kau sedang mencipta bahagia bersama si dia. Ketika cincin ini masih utuh di jariku dan ketika itulah kau menyarungkan cincin lain kepada sidia yang kau cinta dan aku???...siapalah aku di hati dan dimatamu kini...sekelip mata kau berubah...terima kasih kerana menghadiahkan aku derita ini...jangan sekali kau datang lagi untuk meraih cinta ini dan telah KU HARAM kan pertemuan kita untuk kali kedua....padaku ..engkau telah MATI dan aku tidak mahu lagi mengenali lelaki sepertimu...aku tidak pasti bilakah airmata ini akan berhenti mengalir..seringkali arca kenangan kita hadir di kepala ini satu persatu. dengan pemadam yg berdarah ku cuba bilas agar ianya tidak muncul lagi...ya aku akan cuba...semoga kau bahagia bersama si dia...bahagialah atas derita dan titis airmataku....

Wednesday, 27 February 2013

tintaku 13 BAJU PENGANTIN WANCU




BAJU PENGANTIN WANCU

Bertaburan manik indah
melayari sepasang baju pengantin merah
tampak meriah
terserlah seri wajah
merah jambu
tetersangkut dibalik pintu kayu nipah

Dibalik pintu kayu nipah
baju penganti WANCU tidak meriah
manik yang bertaburan kehilangan arah
wajah yang seri tiada serlah
kaku,layu,sayu seolah nyawa tak berdarah

Saban malam WANCU berdendang
lagunya bukan lagu riang
iramanya tak serancak gendang
pilu kisahnya berhati walang
seorang diri menanggung perit malam siang


Baju pengantin tiada berpasang
janjinya mungkir tika purnama menjelang
hilang ditelan kabus yang amat panjang
derita WANCU tiada siapa yang mengenang
parah berdarah hatinya malang

Apalah dosa WANCU saban waktu
cinta dusta melingkarinya bak dedalu
kasih sayangnya tercampak dibalik batu
baju pengantin merah jambu
peneman WANCU di kamar beradu
hujan airmata di ranjang bisu
berakhirnya episod cinta WANCU

~wancu menangis lagi~
@innurmust@qim@selayangbaru
11.35mlm 3/6/2012

Tuesday, 26 February 2013

THMK 3....(tintaku 12) KEPOMPONG BEDARAH








KEPOMPONG BERDARAH

Cindai sutera nan indah
menyelimuti malam pesta berdarah
kepompong rama-rama menjalar haluan tak berarah
melakar impian nafsu  bermata merah

Pohon serakah berbisik ganas
melampiaskan impian syaitan di jelatang panas
sayap rama-rama  gugur ditindas
angkara selingkuh kunang-kunang yang amat buas

Malam merangkak tua usia
rama-rama masih berpesta ria
tatkala mentari menyirna warna
terbang kunang-kunang menebar rasa

Di bawah perdu pelangi jingga
menanti musim salju yang bakal tiba
kepompong lunyai di bawa bayu hiba
gugur sayapnya dicarik permainan noda

Tangisan lara yang tak berjiwa
lewat mengintai kamar rahsia
tertutup pintu buatmu rama-rama
kepompong merah bernisankan tanda

@innurmust@qim 22/2/2013
1.30 ptg putrajaya