Pages

Monday, 22 April 2013

Naib Johan pertandingan puisi THMK3

THMK 3
Penulis : Ainnur Mustaqim
Tarikh : 22/2/2013
Tajuk : KEPOMPONG BERDARAH

Cindai sutera nan indah
menyelimuti malam pesta berdarah
kepompong rama-rama menjalar haluan tak berarah
melakar impian nafsu bermata merah

Pohon serakah berbisik ganas
melampiaskan impian syaitan di jelatang panas
sayap rama-rama gugur ditindas
angkara selingkuh kunang-kunang yang amat buas

Malam merangkak tua usia
rama-rama masih berpesta ria
tatkala mentari menyirna warna
terbang kunang-kunang menebar rasa

Di bawah perdu pelangi jingga
menanti musim salju yang bakal tiba
kepompong lunyai di bawa bayu hiba
gugur sayapnya dicarik permainan noda

Tangisan lara yang tak berjiwa
lewat mengintai kamar rahsia
tertutup pintu buatmu rama-rama
kepompong merah bernisankan tanda

@innurmust@qim 22/2/2013
1.30 ptg putrajaya


Syukur kehadrat mu Ya Allah...peluang kali ini berpihak ke atas nukilan ku buat julung2 kali...percubaan saat terakhir kerana sanggup mencabar minda memilih tajuk bertemakan pelacuran...terimakasih kepada panel juri kerana memilih puisiku dan sesungguhnya terus membakar semangat ku untuk tidak jemu menulis dan menulis..garapan dari pemerhatian mata hati akan terus menyuntik jiwaku untuk mengaspirasikannya ke layar putih..bersama berkongsi suka duka sepanjang melayari rentetan kehidupan yang akan bernoktah jua akhirnya..salam ingatan buat sahabat baikku SITI NUR (nz) yang banyak membangkitkan aku semula dari terus berdiam diri di kepompong buatan ku sendiri...terimakasih sahabat..mudahan apa yang disampaikan akan memeberi manfaat kepada semua dan inilah nawaitu ku selama ini...hayatilah puisi ku dan galilah maknanya kerna ada sesuatu yang tersirat yang ingin disampaikan di sebaliknya...muhun Allah swt mencambahkan lagi idea2 dan ilham2 yang bernasagar dapat ku gubah menjadi puisi indah dalam tujuan menjurus pada kebaikan...pandanglah dengan mata hati bukan meyakini membuta tuli...jazakallah hu min kum...

0 comments: