Pages

Friday, 1 March 2013

TERSASARNYA SEBUAH KEBAHAGIAAN II

  ku gagahi diri ini untuk terus bangun, meneruskan kehidupan yang entah bila kan berakhir. Setiap kali ku memandang kotak itu hati ku bagai di sayat sembilu. yer..kotak pemberianmu sempena harijadiku 2 tahun lalu..biarpun hanya sekadar cawan hiasan comel, lampu meja,kad ucapan dan yg amat istimewa sekeping jubin yang kau nukilkan puisi cinta buatku, kau sisipkan sekeping gambar kita berdua di penjuru bingkai jubin itu...amat indah ... kad ucapan yang sering menyanyikan lagu hari jadi itu sering berkumandang di setiap penjuru bilik ini tatkala rinduku bertamu buatmu...dengan kemas segalanya ku simpan rapi di suatu sudut...
    ku kira segalanya begitu pantas berlaku..sekelip mata kebahgiaan itu kurasakan amat singkat buatku...dari sehari ke sehari airmata ini tumpah jutaan titisan yang tiada bernoktah. Ramalanku amat benar tetntang hubungan ini yang semakin goyah...telah ku cuba untuk merawatnya namun hanya aku yang bersungguh dan kau hanya diam membisu. Aku takut pada erti perpisahan dan aku takut juga pada waktu di tinggalkan. Aku tak mahu ianya berulang lagi kedua dalam hidupku. Janji2 mu hanya palsu. Kau tetap biarkan airmataku tumpah lagi tanpa ada alasan yang sahih. Di mana silapku pon aku tidak tahu. Tergamak kau membiarkan aku keseorangan dalam mencari makna sebuah perhubungan. Aku kehilangan segalanya tentang dirimu. Insan yang meraih cintaku, yang bersungguh menawan aku dan melayarkan impian untuk ke gerbang cinta akhirnya meninggalkan aku dengan sejuta luka dan derita.
    Apa daya yang ku ada selain mengadu kepada YA RABB...dan perkara yang aku tidak ingini untuk tahu akhirnya benar2 berlaku. Mungkin Allah mengasihaniku dan memberikan jawapan yang pasti untukku tidak lagi berteka teki. Kau membina mahligai indah itu bersama orang lain di saat aku menderita dan tersiksa jiwa raga. Kau hadiahkan derita ini buatku. Terima kasih kerana sudi singgah dihatiku untuk sekadar melepaskan rasa lelahmu. Betapa dirimu ku sanjung, ku telan segala kecewa dan derita demi menjaga hati mu, dan aku tidak mahu melatah dengan sikapmu yang benar2 tidak menghargai langsung kasih sayang  ku terhadapmu. Hati ini telah hancor berkecai akibat permainan mu dan aku juga keliru. Adakala kau mengaitkan ibumu yang melarang perkahwinan kita biarpon cincin ini telah tersarung kemas di jari ku.
    Kau tidak berusaha untuk mempertahan kan langsung cinta yang kita bina atas kehancuran masa silam malahan kau hadiah kan aku dengan derita untuk menoktahkan  hubungan ini. Hingga aku jatuh tersungkur, lemah tak berdaya,seorang diri mengaut kembali sisa hidup yang ada,sedangkan kau sedang mencipta bahagia bersama si dia. Ketika cincin ini masih utuh di jariku dan ketika itulah kau menyarungkan cincin lain kepada sidia yang kau cinta dan aku???...siapalah aku di hati dan dimatamu kini...sekelip mata kau berubah...terima kasih kerana menghadiahkan aku derita ini...jangan sekali kau datang lagi untuk meraih cinta ini dan telah KU HARAM kan pertemuan kita untuk kali kedua....padaku ..engkau telah MATI dan aku tidak mahu lagi mengenali lelaki sepertimu...aku tidak pasti bilakah airmata ini akan berhenti mengalir..seringkali arca kenangan kita hadir di kepala ini satu persatu. dengan pemadam yg berdarah ku cuba bilas agar ianya tidak muncul lagi...ya aku akan cuba...semoga kau bahagia bersama si dia...bahagialah atas derita dan titis airmataku....

0 comments: