TAKDIR
YANG MENYINGGAH
(seketika
buat Allahyarham “abang”)
Usai
fajar sidiq melabuh tirai
Aku
menyeka airmata yang berderai
Dengan
kalimah tauhid dan lafaz syahadah yang perit
Aku
tahlilkan pemergianmu tanpa sedikitpun rasa sakit
Duhai
suami kekasih hatiku
Saat
kau lafazkan ijab buatku
Saat
itu jua aku menyerahkan segala jiwa raga
Biarpun
kau tidak tahu apa apa
Niatku
untuk bersama menjulang takhta isteri tercinta
Menjadi
penyejuk hatimu dan penawar di jiwa
Telah
aku mukimkan segalanya agar kita berkongsi pahala
Melangkah
ke gerbang indah
Menukil
potret kehidupan yang cerah
Telah
kulakar asuhan di jiwaku
Tanpa
engkau tahu
Biarpun
segala onak dan ranjau yang singgah mencalar
Biarpun
segala lumpur yang terpalit singgah melahar
Namun
atas patrinya sebuah janji yang masih segar
Aku
bertahan demi zuriatmu yang bakal mekar
Duhai
suami belahan jiwaku
Usah
menyujud di kakiku
Segala
dosamu telah ku gantungkan ke langit ke tujuh
Aku
juga makhluk-NYA hanya mampu berserah
Bukan
sifatku untuk mengalah mahupun melatah tanpa arah
Aku
terima karma ini demi takdir yang menyinggah
Kerana
atas janji kita andai terubah haluan dari fitrah
Kau
mahupun aku akan kekal demi cinta yang terluah
Sumpah
demi zuriat yang membenih indah
Akan
aku khabarkan segala cerita tentang “ayah”
Biarpun
tiada kesempatan menatap wajah
Namun,
Darahmu
merah menyatu bersamanya demi kehidupan yang gah
Akan
kucitrakan dengan santun dan hikmah
Biar
dia sekuat ibu menerima takdir ini tanpa nafsu amarah
Duhai
suami kekasih batinku
Syukur
kita diberi ruang biarpun terpisah jurang
Selama
dirimu di kamar besi itu
Kita
sudahi dengan 30 juzuk Kitabullah
Tatkala
helaian terakhir menjadi hentian surah
Kau
utuskan aku sekeping warkah
Aku
puas bilamana ruang antara kau dan ALLAH
Sangat
akrab tanpa sedetik waktu kau ingkar menyerah
Saban
malam tangismu membasahi sejadah
Seketika
dulu menjadi penyaksian hantaran nikah
Kini..kau
ditemani pemberianku itu dengan cinta dan doa yang tidak bernoktah.
Damailah
duhai suamiku
Usah
khuatiri hidupku yang bakal bertamu
Sekilas
ruang yang menyinggahi batinku
Akan
ku suburi dengan kalimah zikir dan kalungan doa yang bersatu
Masih
terasa tatkala jemarimu dingin menyentuhi ubun-ubunku
Untaian
doamu menjadi nadi malar di setiap inci zarahku
Selagi
takdir ini belum jemu menyinggahi jasadku
Selagi
itu jualah aku belum jemu dengan kesetiaanku
Perjuanganku
masih belum selesai
Biarpun
aku bakal merempuh badai
Kekuatanku
masih ada buat warismu yang tinggal
Usai
duhaku esok hari
Kita
bertemu lagi dengan haruman kemboja pagi
Pusaramu
akan sentiasa mewangi
Seharum
cintaku padamu yang tidak akan mati
Nantikan
aku di gerbang jannah
Sebagai
bidadarimu yang indah.
~Aku
nukilkan balasan sepi dari isteri “arwah abang”.Bertuah kau punyai isteri yang
solehah dan tahu menimbang cara secara didik hikmah. Mudahan segala taubatmu
diterima melebihi dari insan-insan yang tiada henti amalnya namun bersifat ujub
dan riak sentiasa. Mudahan menjadi ruang fikrah dan tanzir hati kepada
isteri-isteri yang mengalami nasib seperti “arwah abang “ ini agar tidak
menghukum dan membenci setiap kematian pasangan biarpun dosanya terlalu beraja
di dunia namun siapa sangka, dengan
terdidiknya jiwa kita sebagai isteri agar santun dan hikmah bersyarie dalam
menghadapi situasi sebegini, pintu taubatnya akan lebih mahal dari kita yang
tidak pernah melakukan dosa. Sekiranya segalan disandarkan kepada Allah,
nescaya amar makruf nahi mungkar dapat kita tangani biarpun sedikit asalkan
istiqomah.Ayuh bersama kita muhasabah.
*gambar sekadar hiasan dan tiada kena mengena dengan nukilan puisi*
Ainnurmustaqim
210316
1400pagi
BAITURRAHMAN.