Pages

Friday, 22 March 2013

~selamat pengantin baru ADIK~

Photo














assalamualaikum....

agak lama membiarkan rumah penaku ini sepi dari lakaran pena hatiku..almaklumlah kekangan masa yang membataskan segala aktiviti nukilan kerana sibuk mebuat persiapan perkahwinan anak buahku NAZIRAH...yer..adik dah kawin kan..dulu adik kecik je di mata kami..dari kecik adik melakukan kerja sendiri..dari sekolah PASTI adik dah belajar mandi,bersiap dan iron baju sekolah semuanya sendiri..adik tak pernah menyusahkan orang dalam rumah sama jugak macam angah..hari ini..adik dah bergelar isteri kepada seorang suami...adik...berlinang airmata acu benarnya melihat inai merah di jari adik..seakan tak percaya adik dah nak jadi isteri....
 di mata acu..adik masih anak2 kecil yang hanya tau melompat, buka periuk untuk cari makan, golek depan tv...lamunan semua tu terpaksa acu padamkan bila majlis adik dah semakin hampir dan persiapan demi persiapan selesai satu persatu. walaupun acu , cik, ibu dan abahtok adalah antara orang2 yang terawal sibuk bagi memastikan persiapan majlis adik sempurna dan lancar. hikmah Allah sangat besarkan dik...walaupun sepatutnya majlis ini majlis acu namun sekelip mata Allah gantikan dengan majlis adik..syukur sangat2 ya allah...banyak barang sovenior acu yang adik leh pakai..tak membazirkan.... kini dah hampir seminggu majlis adik selesai dan masing2 barula terasa penat lelah menusuk ke tulang temulang...walaupon semua anak2 buah bekerja keras bagi memastikan majlis adik berjalan lancar namun kami sangat teruja dan gembira kerana adik berjaya ke jinjang pelamin dan kini telah sah bergelar isteri.. TAHNIAH ADIK dan AIMAN...yer..acu benar2 terharu dan gembira bila nampak adik sangat cantik di majlis nikah dan bersanding..adik telah memasuki alam rumahtangga yang bakal menjamu pelbagai resepi kehidupan.
   pesan acu...layarilah alam rumahtangga dengan sabar yang kuat kerana gelombangnya seringkali bertukar arus, ada kala tenang dan adakala mengganas,apa pun yang berlaku belajar untuk tidak melatah dalam apa saja dugaan..jangan terlalu membebel dan mengeluh dan jangan pula terlalu diam dan bisu, amik jalan tengah dan fikir dahulu sebelum membuat sebarang tindakan dan keputusan. sebagai isteri..pasakkan dalam diri apa sebenarnya tujuan jadi isteri..bila nawaitu dah di pasak kuat2 in sha allah landasan tu akan kuat dan kita tak akan mudah lari dari garisan awal..amat manis bila melayari kehidupan bersama org yg tersayang..siramilah kehidupan dengan cahaya solat dan cahaya al quran mudahan akan membenihkan putik2 zuriat yang subur dan sihat rohani dan jasmaninya..tattlah pada suami dan jangan tunggu hingga disuruh atau di minta..adik kene peka tiap keperluan suami kerana inilah pengikat kasih sayang yg berpanjangan..jangan lupa juga memanfaatkan 2 perkataan iaitu TERIMA KASIH dan MAAF...tiapapa saja pemberian suami jgn lupa ucap terima kasih dan atas tiap khilaf yg adik sedar jgn lupa minta maaf..mudahan suami juga akan terbiasa dengan tabiat kita dan dengan sendirinya dia juga akan berbuat demikian untuk kita..memang bukan mudah untuk mengharapkan yang terbaik dari pasangan namun belajar untuk berusaha melakukan penambahbaikan dalam hubungan itulah yang terbaik...buang sikap sombong dan ego yang hanya akan mengeruhkan suasana dan janganlah terlalu lama merajuk kerana perasaan jeruk juga tidak baik dalam hubungan..
   untuk AIMAN...terimakasih kerana sudi memperisterikan anak bauh acu..biarpun dia bagaikan permata buat kami sekeluarga namun kami kena akur satu hari dia akan menjadi milik seseorang..jagalah permata kami ini baik2...jangan beri harapan andainya tidak mampu menunai janji namun sentiasa berusaha memenuhi keprluannya sebagai suami dan selayaknya dia seorang isteri..layanlah dia sebaik mungkin dan tarbiahlah dia menjadi isteri yang dapat menjadi penyejuk dimata dan di hati aiman...andai ada kekurangan atau kelemahan pada dia yang buatkan aiman beralih arah, carilah jalan selesai yang paling terbaik kerana dia bukanlah manusia yg amat sempurna,namun jodoh yang di tentukan allah adalah paling sempurna, belajarlah untuk sama2 menerima dan menangani apa saja masalah dengan berbincang antara dua mata tanpa melibatkan org ke3 yang belum pasti kejujurannya..pandulah al quran dan jangan tinggalkan solat jemaah berdua...
    untuk sekian kali..TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU buat NAZIRAH dan AIMAN..mudahan kalian dapat menjadi pasangan yg soleh dan solehah dan bakal juga menimang zuriat yang comel dan terasuh dengan didikan agama..acu luahkan dalam blog ni sebab mungkin acu tak de kesempatan lagi untuk menitipkan pesanan ni buat kamu berdua..doakan juga yang terbaik buat acu dan acu jugaakan sentiasa mendoakan kebahgiaan buat adik dan aiman..akhir kata maafkan acu sepanjang kita bersama..salam sayang dari acu untuk adik....



2 comments:

Abang Karu said...

selamat pengantin baru :)

Unknown said...

mekasih abg kj..(wakil penantin..huhuhu)