Pages

Friday, 8 May 2015

Tintaku 46... USAH BERPALING AJAR


USAH BERPALING AJAR

Kisah satu hari
pakcik ini menyapaku
dengan alas puji dan uji
merenung sedalamnya makrifat diri

Kisah satu hari
pakcik ini menegurku
dengan gurau seloka sindir
menagih kasih yang belum hadir

Kisah satu hari
pakcik ini merenungku
dengan jerat akal dan fikir
menggali batin dan zahir

Kisah satu hari
pakcik ini memberitahu
dengan sarat dunia dan maya
bisa tersungkur andai tiada landas agama

Kisah satu hari
pakcik ini membawa amanat
hidup usah berpaling ajar
papar maruah yang tidak segar

Kisah satu hari
pakcik ini menitip pesan
hidup harus punya tujuan
ke jalan satu punya bekalan.


ainnurmustaqim080515
1300ptgputrajaya

~terimakasih pakcik kerana menyedarkan aku dari sasar~


0 comments: