assalamualaikum.... agak lama membiarkan rumah penaku ini sepi dari lakaran pena hatiku..almaklumlah kekangan masa yang membataskan segala aktiviti nukilan kerana sibuk mebuat persiapan perkahwinan anak buahku NAZIRAH...yer..adik dah kawin kan..dulu adik kecik je di mata kami..dari kecik adik melakukan kerja sendiri..dari sekolah PASTI adik dah belajar mandi,bersiap dan iron baju sekolah semuanya sendiri..adik tak pernah menyusahkan orang dalam rumah sama jugak macam angah..hari ini..adik dah bergelar isteri kepada seorang suami...adik...berlinang airmata acu benarnya melihat inai merah di jari adik..seakan tak percaya adik dah nak jadi isteri....
di mata acu..adik masih anak2 kecil yang hanya tau melompat, buka periuk untuk cari makan, golek depan tv...lamunan semua tu terpaksa acu padamkan bila majlis adik dah semakin hampir dan persiapan demi persiapan selesai satu persatu. walaupun acu , cik, ibu dan abahtok adalah antara orang2 yang terawal sibuk bagi memastikan persiapan majlis adik sempurna dan lancar. hikmah Allah sangat besarkan dik...walaupun sepatutnya majlis ini majlis acu namun sekelip mata Allah gantikan dengan majlis adik..syukur sangat2 ya allah...banyak barang sovenior acu yang adik leh pakai..tak membazirkan.... kini dah hampir seminggu majlis adik selesai dan masing2 barula terasa penat lelah menusuk ke tulang temulang...walaupon semua anak2 buah bekerja keras bagi memastikan majlis adik berjalan lancar namun kami sangat teruja dan gembira kerana adik berjaya ke jinjang pelamin dan kini telah sah bergelar isteri.. TAHNIAH ADIK dan AIMAN...yer..acu benar2 terharu dan gembira bila nampak adik sangat cantik di majlis nikah dan bersanding..adik telah memasuki alam rumahtangga yang bakal menjamu pelbagai resepi kehidupan.
pesan acu...layarilah alam rumahtangga dengan sabar yang kuat kerana gelombangnya seringkali bertukar arus, ada kala tenang dan adakala mengganas,apa pun yang berlaku belajar untuk tidak melatah dalam apa saja dugaan..jangan terlalu membebel dan mengeluh dan jangan pula terlalu diam dan bisu, amik jalan tengah dan fikir dahulu sebelum membuat sebarang tindakan dan keputusan. sebagai isteri..pasakkan dalam diri apa sebenarnya tujuan jadi isteri..bila nawaitu dah di pasak kuat2 in sha allah landasan tu akan kuat dan kita tak akan mudah lari dari garisan awal..amat manis bila melayari kehidupan bersama org yg tersayang..siramilah kehidupan dengan cahaya solat dan cahaya al quran mudahan akan membenihkan putik2 zuriat yang subur dan sihat rohani dan jasmaninya..tattlah pada suami dan jangan tunggu hingga disuruh atau di minta..adik kene peka tiap keperluan suami kerana inilah pengikat kasih sayang yg berpanjangan..jangan lupa juga memanfaatkan 2 perkataan iaitu TERIMA KASIH dan MAAF...tiapapa saja pemberian suami jgn lupa ucap terima kasih dan atas tiap khilaf yg adik sedar jgn lupa minta maaf..mudahan suami juga akan terbiasa dengan tabiat kita dan dengan sendirinya dia juga akan berbuat demikian untuk kita..memang bukan mudah untuk mengharapkan yang terbaik dari pasangan namun belajar untuk berusaha melakukan penambahbaikan dalam hubungan itulah yang terbaik...buang sikap sombong dan ego yang hanya akan mengeruhkan suasana dan janganlah terlalu lama merajuk kerana perasaan jeruk juga tidak baik dalam hubungan..
untuk AIMAN...terimakasih kerana sudi memperisterikan anak bauh acu..biarpun dia bagaikan permata buat kami sekeluarga namun kami kena akur satu hari dia akan menjadi milik seseorang..jagalah permata kami ini baik2...jangan beri harapan andainya tidak mampu menunai janji namun sentiasa berusaha memenuhi keprluannya sebagai suami dan selayaknya dia seorang isteri..layanlah dia sebaik mungkin dan tarbiahlah dia menjadi isteri yang dapat menjadi penyejuk dimata dan di hati aiman...andai ada kekurangan atau kelemahan pada dia yang buatkan aiman beralih arah, carilah jalan selesai yang paling terbaik kerana dia bukanlah manusia yg amat sempurna,namun jodoh yang di tentukan allah adalah paling sempurna, belajarlah untuk sama2 menerima dan menangani apa saja masalah dengan berbincang antara dua mata tanpa melibatkan org ke3 yang belum pasti kejujurannya..pandulah al quran dan jangan tinggalkan solat jemaah berdua...
untuk sekian kali..TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU buat NAZIRAH dan AIMAN..mudahan kalian dapat menjadi pasangan yg soleh dan solehah dan bakal juga menimang zuriat yang comel dan terasuh dengan didikan agama..acu luahkan dalam blog ni sebab mungkin acu tak de kesempatan lagi untuk menitipkan pesanan ni buat kamu berdua..doakan juga yang terbaik buat acu dan acu jugaakan sentiasa mendoakan kebahgiaan buat adik dan aiman..akhir kata maafkan acu sepanjang kita bersama..salam sayang dari acu untuk adik....
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).
Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangansahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)
Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. QS. ar-Rahman (55) : 58
Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. QS. ar-Rahman (55) : 70
(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. QS. ar-Rahman (55) : 72
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. QS. ar-Rahman (55) : 74
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.
Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..
Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Alla.
Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira Rela berkorban demi agama Kau jadi taruhan berjuta pemuda Yang bakal dinobat sebagai syuhada Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga Bersemayam di mahligai bahgia Anggun gayamu wahai seorang puteri Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri Untuk melakar satu wacana Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah Kau seharum kuntuman di Taman Syurga Menanti hadirnya seorang lelaki Untuk menjadi bukti cinta sejati Ooh! Tuhan Bisakah dicari di dunia ini Seorang wanita bak bidadari Menghulurkan cinta setulus kasih Dihati lelaki bernama kekasih
andai cintaku di laut china selatan di pinggir lautan ada mata yang memandang deretan kapal perang berbaris di ujung beting pasir panjang di celah pohon ru mendesir pasir dihembus bayu ada mata memandang sayu mengeluh resah pada syahdu berdiri seorang perindu merawat luka nang bertahun lalu cuba mencari arah di laut selatan yang biru tahajjud cintanya pada gemersik pantai yang meluru bagai petir,rawannya masih pahit bagai hempedu di remang senja nan merah tafakur sebentar pada mentari yang berlindung arah menuju malam kelam yang kian resah apa ada pada takdir cinta di laut china selatan ini yang mahu mengalah pencarian demi pencarian apa ada pada ukiran pasir yang kian hilang dimamah ombak pantai yang kerap menjelang mengheret ukir cinta ukir nama ke laut kejang hilang sekelip mata tanpa ada rasa kasih dan sayang alpa dalam menurut kata hati yang berjurang kugagahi kaki melewati pantai yang jarang kubasahi jari jemari yang kusut mengulit mimpi panjang apa ada pada siang tiada erti jua pada malam yang malang demi cinta yang kutabur di laut china selatan berterbanganlah dikau mencari arah kuhalalkan jurang dan lorong yang kau redah bijaklah mengatur langkah andai ada 'annur' yang molek sifat dan molek bertuah pulanglah padaku bila tahun dan bila musim berubah sumpah ku nanti biar uban di rambut bertukar merah bersama menghayun tongkat janji kiranya roh bersatu menjadi darah ~tika melewati pantai kemaman tiada apa yang berharga selain ilham yang melimpah rasa kulontarkan pikiran ke tengah lautan, namun??~ @innurmust@qim kemaman 14/4/2010 6.45ptg
...kala malam bulan mengambang... di sudut jendela kamar disuluhi cahaya samar QASEH melempar pandang pada bulan mengambang hasrat hati yang semakin kembang ingin bertemu ALIFnya di sawah bendang dikala malam bulan engambang berteman cahaya sang purnama ALIF melewati alor sawah bersama nipah rumbia hajat hati bertemu QASEH si adinda tekad membelah malam bersama tak rela dihunjam dendam kesumat orang ketiga senyum QASEH bukan kepalang bersama ALIF saling memandang wasiat keramat menyala bak andang melewati denai sempit di celah bendang amuk sepat,keli,haruan dipijak bukan kepalang dikala malam bulan mengambang dua insan membelah malam yang jalang menurut nafsu yang kian menjulang tidak hirau sekelumit kasih yang tinggal di belakang menguji nasib diri di tapak orang hanya kerana cinta nafsu yang terlarang alpa maruah dan harga dibuang dikala malam bulan mengambang hilang QASEH bak delima merkah yang kusam hilang ALIF bak nilam yang muram gegar gempita seluruh buana alam episod sterusnya bakal jelma di lain malam kisah arjuna dan sri dewata tak henti diam @innurmust@qim selayang baru 5/2/2010 2.30pg
SECAWAN KOPI PANAS di celah kepulan asap ada mata yang mengintai masa depan yang tak berbingkai meramas kenangan silam merembat erti bahagia dan nilai cinta daif menghitung sisa usia yang kian rapuh ditelan pepijat masa hirupan air liur tak sama hirupan kopi panas pekat...likat...melekat aroma nikmat menggegar seluruh jiwa menerjah le lubang hidung yang sendat menganyam fantasi minda nyata henya memeluk tubuh erat ssssssrrruupppppp!!!! ahh!! laluan ke kerongkong sehala meniti destinasi lebuhraya ke perut ubat lega bertahun telah diharamnya kopi panas itu hanya kerana percaturan hidup yang melarat secawan kopi panas tak mungkin dapat membayar erti cinta dan nilai bahagia yang dulu emas @innurmust@qim selayangbaru 4/8/2002 11.30mlm
ku gagahi diri ini untuk terus bangun, meneruskan kehidupan yang entah bila kan berakhir. Setiap kali ku memandang kotak itu hati ku bagai di sayat sembilu. yer..kotak pemberianmu sempena harijadiku 2 tahun lalu..biarpun hanya sekadar cawan hiasan comel, lampu meja,kad ucapan dan yg amat istimewa sekeping jubin yang kau nukilkan puisi cinta buatku, kau sisipkan sekeping gambar kita berdua di penjuru bingkai jubin itu...amat indah ... kad ucapan yang sering menyanyikan lagu hari jadi itu sering berkumandang di setiap penjuru bilik ini tatkala rinduku bertamu buatmu...dengan kemas segalanya ku simpan rapi di suatu sudut... ku kira segalanya begitu pantas berlaku..sekelip mata kebahgiaan itu kurasakan amat singkat buatku...dari sehari ke sehari airmata ini tumpah jutaan titisan yang tiada bernoktah. Ramalanku amat benar tetntang hubungan ini yang semakin goyah...telah ku cuba untuk merawatnya namun hanya aku yang bersungguh dan kau hanya diam membisu. Aku takut pada erti perpisahan dan aku takut juga pada waktu di tinggalkan. Aku tak mahu ianya berulang lagi kedua dalam hidupku. Janji2 mu hanya palsu. Kau tetap biarkan airmataku tumpah lagi tanpa ada alasan yang sahih. Di mana silapku pon aku tidak tahu. Tergamak kau membiarkan aku keseorangan dalam mencari makna sebuah perhubungan. Aku kehilangan segalanya tentang dirimu. Insan yang meraih cintaku, yang bersungguh menawan aku dan melayarkan impian untuk ke gerbang cinta akhirnya meninggalkan aku dengan sejuta luka dan derita. Apa daya yang ku ada selain mengadu kepada YA RABB...dan perkara yang aku tidak ingini untuk tahu akhirnya benar2 berlaku. Mungkin Allah mengasihaniku dan memberikan jawapan yang pasti untukku tidak lagi berteka teki. Kau membina mahligai indah itu bersama orang lain di saat aku menderita dan tersiksa jiwa raga. Kau hadiahkan derita ini buatku. Terima kasih kerana sudi singgah dihatiku untuk sekadar melepaskan rasa lelahmu. Betapa dirimu ku sanjung, ku telan segala kecewa dan derita demi menjaga hati mu, dan aku tidak mahu melatah dengan sikapmu yang benar2 tidak menghargai langsung kasih sayang ku terhadapmu. Hati ini telah hancor berkecai akibat permainan mu dan aku juga keliru. Adakala kau mengaitkan ibumu yang melarang perkahwinan kita biarpon cincin ini telah tersarung kemas di jari ku.
Kau tidak berusaha untuk mempertahan kan langsung cinta yang kita bina atas kehancuran masa silam malahan kau hadiah kan aku dengan derita untuk menoktahkan hubungan ini. Hingga aku jatuh tersungkur, lemah tak berdaya,seorang diri mengaut kembali sisa hidup yang ada,sedangkan kau sedang mencipta bahagia bersama si dia. Ketika cincin ini masih utuh di jariku dan ketika itulah kau menyarungkan cincin lain kepada sidia yang kau cinta dan aku???...siapalah aku di hati dan dimatamu kini...sekelip mata kau berubah...terima kasih kerana menghadiahkan aku derita ini...jangan sekali kau datang lagi untuk meraih cinta ini dan telah KU HARAM kan pertemuan kita untuk kali kedua....padaku ..engkau telah MATI dan aku tidak mahu lagi mengenali lelaki sepertimu...aku tidak pasti bilakah airmata ini akan berhenti mengalir..seringkali arca kenangan kita hadir di kepala ini satu persatu. dengan pemadam yg berdarah ku cuba bilas agar ianya tidak muncul lagi...ya aku akan cuba...semoga kau bahagia bersama si dia...bahagialah atas derita dan titis airmataku....