Pages

Thursday, 23 May 2013

tintaku 20 KELAPA NAN SEBATANG

...kelapa nan sebatang...


terbujur kaku..
kelapa nan sebatang..
rebah di pinggir tiang
dek kerna usianya tak panjang
akur pabila sedia di tebang

buah yang bergelimpangan
teriak anak-anak menjinjit seorang
bersorak ibu-ibu memintal pelepah
habuan penyapu menyerak sampah
ligat si ayah mengarah
batang kelapa sedia dibelah-belah
bingit mesin potong memecah sunyi kampung
bak pesta
semuanya bergotong-royong

kerana kelapa nan sebatang
tika malam menjelang
tiada bunyi unggas maupun sang keruang
tinggallah kelapa sebatang yang rebah melintang
bercerai badan seruas di tengah laman hilang
tiada lagi lintuk liuk ditiup  angin petang
penyeri taman hati warga kampung yang girang

@innurmust@qim@putrajaya
2/2/2011 2.30pg